Sabtu, 22 Oktober 2016

Siapa Marhean?


Di Malaysia ayat Marhean hanya sebutan sahaja oleh ahli politik. Dengan tidak tahu maksudnya. Pada doktrin otaknya Marhean melambangkan orang miskin atau tidak berwang. Malah ada masanya yang punya rumah agam pun dan kereta bersusun macam kasut di depan rumanya tanpa perasaan malu pun dikhalayak ramai dan juga ucapannya politiknya menyebut saya orang "Marhaen"

Pagi ini saya nak sekolahkan mereka dalam kuliah politik saya, kebetulan saya berada di negara yang pengucapnya bercakap dan menjadi pembesarnya ia itu Presiden Soekarno.

Apa itu 'Marhaen'? Itu nama seorang petani yang ditemui oleh Soekarno disekitar Bandung pada tahun 20an. Beliau bertemu Marhean yang sedang berkerja di sawah. Dalam buku biografi Soekarno yang ditulis oleh Cindy Adams.. ada penceritaan Soekarno pertemuan tanpa diatur itu. Di mana Soekarno ponteng kuliah dan berkeliling Bandung dengan basikalnya.

Dalam berbasikal itu.. beliau bertemu dengan kawasan sawah padi yang luasnya kurang dari sapertiga hektar dan ada seorang lelaki separuh baya sibuk bekerja. Soekarno memerhatikan lelaki separuh baya itu berkerja dengan bersungguhnya, sehingga Soekarno menyapa lelaki petani itu.
"Siapa pemilik tanah sawah ini?" tanya Soekarno.
Saya pemunya. Ini tanah turun temurun, diwariskan dari orang tua," jawab petani itu.
"Lalu bajak dan cangkul itu, adakah itu kamu juga yang punya?" tanya Soekarno lagi.
" tuan, itu milik saya". Jawab petani itu kembali.
"Lalu hasil dari tanah ini untuk siapa?"
"Untuk saya Tuan, hasilnya hanya cukup untuk hidup sehari-hari," katanya si petani kepada Soekarno.
Salepas bersoal jawab antara petani dan Soekarno.. Maka Soekarno bertanya nama si petani. yang menyebut namanya 'Marhean'.

Bila masa Soekarno masuk berjuang dalam Kemerdekaan Indonesia salepas kuliahnya sebagai seorang Jurutera di Bandung.. Beliau telah mengambil inspirasi Marhean itu sebagai perjuangannya yang dikenali dengan nama Marhaenisma.

Marhaenisma ada satu sikap politik Soekarno yang melihat Marhean adalah satu korban dan mangsa kepada sistem feodalisma yang pemilik tanah ribuan hektar dan rakyat kecil hanya tanah warisan turun temurun dan Marhean tidak akan dapat tanah baru atau meluaskan kawasan tanahnya yang kecil itu.

Puak feodalisma yang juga para bangsawan selama berabad-abad sekian lama, para rakyat dipaksa mengikuti pola ekonomi imperialisma di mana rakyat saperti Marhean yang boleh memenuhi keperluan sekadar untuk makan.

Kesimpulannya kata Soekarno dalam ideologi Marheanisma ialah "Seorang Marhean adalah orang yang memiliki alat-alat yang sedikit, orang kecil dengan milik kecil, dengan alat-alat kecil, sekadar cukup untuk dirinya sendiri. Bangsa kita puluhan juta jiwa, yang sudah dimelaratkan, bekerja bukan untuk orang lain dan tidak ada orang berkerja untuk dia. Tidak ada pengisapan tenaga sesaorang oleh orang lain. Marheanisme adalah sosialisme Indonesia dalam amalannya," "Perkataan Marheanisma adalah lambang dari penemuan kembali keperibadian nasional kami" ujar Seokarno dalam pidatonya memperkenallan Marheanisma.
Pada mereka yang belajar sains sosial dan juga ilmu politik akan mudah mentafsirkan apa itu Marheanisma. Jika kita melihat apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN/UMNO selama ini. ialah adalah satu perjuangan yang dilakukan oleh Presiden Soekarno hampir 100 tahun dahulu. Tetapi dasar BN/UMNO hari ini telah banyak melahirkan rakyat Marhean dan penentangan mereka hari ini kepada Kerajaan ialah Marhean sudah menjadi satu produk kepada sesiapa yang hendak mendapat sokongan.

Maka kita sama-sama tengok pembentangan Bajet esuk.. adakah kaum Marhean di Malaysia macam bayi atau budak tadika..Jika nangis diberi susu dan gula-gula.. Dan kita berpuas hati.

Jakarta.
Oktober 20, 2016
Jam 9.00 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.