Sabtu, 27 Ogos 2016

Sah.. pemimpin UMNO tidur dan gemok masa dalam UMNO.


Pada saya seorang pemimpin yang berada di atas.. tidak perlu mempengaruhi pengikut dibawah dengan kata-kata yang berbentuk peribadi dan serangan yang bukan perjuangan. Contoh Naib Presiden UMNO. Hishamuddin Hussein telah menyerang bekas pemimpin UMNO yang berada didalam penubuhan Parti Bersatu.
Jika benar lah pemimpin tidur dan gemok dalam UMNO.. Maka UMNOlah yang mengesahkan bahawa masa berada dalam UMNO dengan jawatan Menteri, mereka tidur dan gemok, dan apa kita lakukan supaya dia jangan tidur dan gemuk? Jawabnya kita sama-sama tidur dan menggemokan diri..

Walau pun nampaknya macam menyerang.. tetapi susunan ayat dan ucapan banyak buruk daripada baik kepada UMNO cara penyampaikan pesan kepada ahli akar umbi cara begini.
Kesimpulannya pemimpin UMNO mengesahkan dan berlaku pemimpin memang tidur dan mengemukkan diri.. Dan akan kekal begitu selagi dia tidak keluar UMNO dan menjadi musuh politik. Dan akan diserang habitatnya yang sama menyerang dia semula. Maka berlaku apa yang dikatakan kita membuka pekong sendiri. Bau sudah terhidu oleh semua orang.
Dan jika ada orang saperti saya.. cuba membangunkan tidur lena mereka jangan makan sehingga menyebabkan obisiti di serang kerana yang tidur lena itu ialah pemberi dedak kepada mereka tanpa melihat kesan apa yang akan berlaku kepada UMNO.
Mungkin ada orang berkata.. kenapa tak cakap sendiri dengan mereka.. Bukankah UMNO ada budaya sebati sejak azali.. Pemimpin UMNO sebahagian besarnya ialah akan tengok dan melihat siapa yang bercakap dan bukan mendengar apa yang dia cakap. Malah dia pun pernah mendengar akan sabda rasulllah.. 'dengarlah apa dia cakap, walau pun dia budak habshee' tetapi itu tidak terpakai kepada pemimpin UMNO yang diatas.. yang pasti kamu mesti Ketua UMNO Bahagian dan apa yang kamu boleh bagi kepada aku.
Nasihat saya kepada pemimpin UMNO.. berhati-hati dalam ucapan dan kenyataan media menyerang mereka yang sudah tidak berada dalam kapal kita.. Serangan saperti sesudah tidur dan gemuk menghentam UMNO.. adalah satu kenyataan mengesahkan tuduhan pihak2 pembangkang pemimpin UMNO tidak berjuang kerana Melayu tetapi untuk perut mereka.. Kenapa tidak berfikir dalam mengeluarkan kenyataan ini.
Hari isnin.. saya akan membongkar akan kisah bagaimana Scorpion@Kapal Selam TLDM tidak boleh menyelam.. Kapal Selam itu dibeli saperti beli rumah bertangga.. Rumah dibeli..tangganya tak ada.. Siapa yang nak telan projek 'haidrografi'?
Sekarang mereka dinamakan penderhaka dan pengkhianat.. tanpa bertanya diri sendiri.. siapakah yang menjadikan mereka begitu?
Bandar Sri Permaisuri
August 27,2016.

Like

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.