Isnin, 27 Julai 2015

Bila Pemimpin Tak Tahu Adat





Saya bukan menyokong PM Najib secara membabi buta atau kerana dia Presiden UMNO.. sebagai seorang yang berhak pewaris adat di Kampong halaman saya di Seri Menanti.. saya di ajar oleh datuk lembaga soal adat berketua.. Kata adat:
“Muafakat mencari benar
Bergaduh di hulu habis di hulu

Bergaduh di hilir habis di hilir
Di tengah-tengah mencari damai
Buang yang keruh ambil yang jernih
Adat mencari benar
Adat bersandar Kitabullah”.
Maka dalam isu IMDB yang di kaitkan itu.. soal benar dan salah PM Najib belum ada lagi.. Salahnya benar jika dia didakwa dalam mahkamah.. Dan jika ada yang salah.. Maka kena mencari benar dalam muafakat.. Muafakat itu termasuklah dalam mesyuarat dan juga perjumpaan dengan yang kena tuduh dan minta penjelasan.
Maka bila Muhyiddin Yassin bercakap cara terbuka dengan kedudukan dia sebagai no dua.. Didalam adat sudah menyalahi sebabnya kata adat,
adat beragama, agama kita pertahankan, Adat Bernegeri, negeri kita pertahankan, adat berkampung, kampung kita pertahankan.. adat bersuku, suku dipertahankan. adat berketua, ketua di pertahankan.. sebelum dia dapat dibuktikan salah..
Maka tindakan Muhyiddin Yassin itu sama dalam stuktur kepemimpinan organanisasi politik atau NGO adalah tidak betul.. Jika dia seorang anggota dalam masyarakat adat perpatih.. Maka datuk lembaga kena memanggil dia untuk memberi penjelasan.. jika dia enggan.. maka terjadi dalam istilah adat di panggil di 'pulau'kan.
SangKelembai; Dalam adat perpatih ada menyebut.. biar mati anak jangan mati adat.. Maksudnya anak jika ada pun.. adat atau undang2 tidak ada, tidak  beraguna juga.. Anak akan mati jika tidak ada undang2 atau adat yang menjaga dan membuat peraturan menjaga nyawa dan masyarkat yang anak itu akan membesar.
Bdr Sri Permaisuri
Julai 27,2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.