Ahad, 12 Ogos 2012

Tamrin Ghafar Cerai Tanpa Talak


Tamrin Abd Ghafar sudah umumkan menyertai PAS-Parti Islam Se-Malaysia. Tindakannya itu mungkin kerana surat ‘tunjuk sebab’ yang perlu dijawabnya dari UMNO kerana beberapa tindakannya yang dikatakan bertentangan  dengan Perlembahgaan UMNO dan merugikan UMNO. Tamrin Abd Ghafar  mengambil pilihan tidak menjawab  surat tunjuk sebab UMNO sebaliknya menyertai PAS.

Keputusan itu samalah saperti seorang suami yang keluar rumah dengan tidak menceraikan isteri. Soal suami nak bernikah lain.. itu haknya tetapi seorang suami ada tanggung jawab. Selesaikan cara baik, dan jika bercerai pun secara baik. Jika ada anak yang ditinggalkan perhubongan manusiawi masih ada.

Saya pun pernah bercerai kerana perkahwinan  tidak boleh dikekalkan kerana ada perbezaan pendapat dalam satu hal, bagaimana pun penceraian dengan seorang ibu kepada tiga orang anak saya secara baik. Kami tidak bermusuhan dan malah saya dan bekas isterinya memegang kod etika tidak menceritakan hal-hal rumahtangga kami kepada orang lain. Terutama kepada tiga orang anak saya. Beliau tidak pernah memburukan nama saya kepada anak-anak saya dan begitu juga saya. Maka akhirnya bila bekas isteri saya meninggal dunia, saya menguruskan semuanya dan anak-anak cukup menghormati saya sehingga kini.

Begitulah jika dibawa didalam politik bila kita menceraikan isteri kita yang kita tidur bersama bertahun-tahun, dapat anak-anak dan hinggakan dengan sokongannya kita boleh menikmati hidup yang baik. Itu sebab bila kita bercerai, bekas isteri kita boleh menuntut harta sepencarian walau pun dia hanya suri rumah.. kerana segalanya kita kongsi. Itu sebab namanya perkongsian hidup.

Perkongsian politik Tamrin Abd Ghafar dengan UMNO berakhir bila menyertai PAS. Dan tindakan politik nya itu bukanlah tidak dijangkakan malah sudah diduga. Hanya yang agaknya menarik ialah alasannya menyertai PAS dan menceraikan UMNO tanpa talak hanya kerana UMNO sudah keluar dari landasan perjuangannya. Biasanya jika keretapi keluar landasan, banyak yang cedera dan kemungkin mati pun ada. Jika itu alasannya kenapa tak bagi tahu kepada pemandu lokomotif (keretapi) supaya berhati-hati atau sendiri menunjukan mana landasan yang dah rosak dan perlu di baiki?
Jika itulah alasannya soalan yang hendak ditanya.. sekian lama berada dalam UMNO.. adakah UMNO tidak pernah berada dalam landasan yang betul?

Membangun dan membina demokrasi bukannya mudah.  Banyak halangan kena ditempoh dalam membangun secara sempurna sebuah iklim politik, khasnya sebuah demokratisasi satu bangsa, bukannya semudah membalik tangan, apalagi bilangan peserta demokrasi itu kurang memahami apa itu demokrasi.

Maka perlu kita bertanya dengan Tamrin Ghafar yang pernah menjadi Ahli Dewan Negeri dan juga ahli Parlimen di Melaka adakah beliau tahu ‘berpolitik’ itu adalah satu kata kerja dengan berbagai macam pandangan dan penilaian.

Rakyat melihat dan mengatakan berpolitik dan para ahli ‘politikus’ saperti Tamrin Abd Ghafar adalah menghalalkan cara untuk mencapai kepentingan atau menilai politik tidak lebih dari memperjuangan kepentingan peribadi. Kerana UMNO tidak ada salah kepada orang saperti Tamrin Abd Ghafar jika kehidupannya tidak saperti dulu. Berusahalah sendiri dan jika tidak dibantu oleh pemimpin UMNO jangan ada perasaan kecewa.

Saya perhatikan pemimpin politik ini hanya akan menampakan dia berjuang hanya bila tidak ada kuasa.. masa ada jawatan dan kuasa. Apa agaknya mereka lakukan? Adakah mereka bersuara sehingga akan berisiko?

Sang Kelambai: Saya cukup berhati-hati dalam tindakan politik saya. Biarlah saya kena pecat dalam UMNO dari saya nak keluar dari UMNO. Saya tidak mahu 40 tahun saya berjuang dalam UMNO dengan tiba-tiba menjadi Istana Pasir.